Negeri Terengganu, Negeri bertuah
Ramainya pahlawan yang terbilang
Negeri Melayu yang kaya dan subur
Anugerah daripada Yang Maha Esa
Negeri Terengganu, Darul lah Iman
Aman makmur, Sultan nya berdaulat
Negeri Terengganu, di pelihara Allah
Kerana ramai kekasihNya ada disana
Wahai anak bangsa di tanah bertuah
Pertahankan kesucian pada bumi ini
Jangan utama kedipan emas permata
Jika tergadai maruah mu dan agama
Negeri Terengganu, harus di pelihara
Dari kemungkaran bermaharajalela
Agar Negeri tumbuh suci dan bersih
Dan mendapat keredhoan dari Illahi