Wednesday, January 26, 2011

Hamba I





















Tuhanku
Aku adalah diriku
Aku di jadikan olehMu
Aku tidak akan sama mereka
Ingin aku menjadi hambaMu sejati
Walau pada peringkat yang bawah sekali
Sekiranya benar kiranya aku menjadi hambaMu
Akan ku perhambakan diri ku sepenuh hati untukMu
Bukan sekadar ucapan terucap dari bibir yang derhaka ini
Biar pun manusia akan memandangku jelek dengan sifat daif ku
Biar pun mereka akan mengata-gata akan diri ku dengan kata-kata nista
Biar ku telan semua nya seperti seperti hempedu dan juga buih masin di laut
Kerana ku tahu Engkau amat Mendengar jeritan dari hambaMu yang teraniaya