
Dari kasih mu...............................sebati di jiwa ku
Ibu, dengan kudrat dari...................Tuhan yang Maha Esa
Lahir ku dari kandungan mu....selama lebih daripada 9 bulan
Dikau yang telah menggadaikan nyawa mu demi kelahiran ku ini
Di saat aku hadir di dunia fana ini, aku di sajikan dengan susuan mu
Kedahagaan ku bukan sekadar berupakan air, malahan oleh kasih sayang
Dari sejak aku mula mengenali dunia ini, seingat nya aku, dikau berkorban
Detik malam ku di hangatkan dengan belaian jari jemari mu tidak kenal lelah
Ibu, dikau berkorban apa ada mu, baik nyawa, harta & masa tanpa sempadan
Kini aku telah kian membesar dengan kesegaran zahir & batin hasil insan mu
Saat telah berganti masa, bulan berganti tahun dan aku telah dewasa kini, Ibu
Dapat kah aku membalas budi & jasa baik mu terhadap diri ku selama ini?
Aku yang telah yang terlahir dari mu anugerah Yang Maha Berkuasa
Dan olehNya, aku telah di pesanNya untuk mengasihi diri mu
Tidak akan pernah ku tukarkan dengan emas permata
Atau pun dengan apa sekali pangkat & kuasa
Kerana tiada yang lebih berharga dari
Dapat mengembalikan nilai kasih
Seorang yang bernama Ibu
Dengan erti kasih
DaripadaNya
Anak mu
Ibu!