Dan Tuhan mu telah memberi segala kenikmatan kepada mu
DariNya rezeki yang didatangi daripada laut dan bumi
OlehNya kamu dapat makan dan meneruskan hidup
Dan air yang kau minum daripada air hujan
Segalanya yang ada hanyalah dariNya
Sesungguhnya Tuhan empunya
Segalanya di muka bumi
Yang engkau telah
Lupa padaNya
Lupa
Bertapanya
Kau datang ke dunia
Dalam keadaan berbogel
Tanpa sehelai urat benang di tubuh
Di beri pakaian, rezeki dan penghidupan
Dan bilamana Tuhan mu meminta mu meminjam
KepadaNya jua akan milikNya kearah tujuan kebaikan
Dan yang itu jua kamu tidak sanggup melakukan atau enggan
Kerana kamu rakus dalam memiliki harta kekayaan bukan milik mu
Madah seorang insan yang mulia pernah berkata
Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra, sejati dan mulia
Kepentingan sendiri, tidak di ingini
Bahagia kekasih, saja yang di harapi
Untuk menjadi bukti, kasih yang sejati
Itulah tanda nya, jika mahu di uji